YANG TERAKHIR KALINYA


YANG TERAKHIR KALINYA




mungkin ini adalah yang terakhir aku menerimanya sepanjang berada di IPG Kent. Terima kasih tidak terhingga untuk semuanya terutama pensyarah yang tidak putus - putus membantu dan memberi tunjuk ajar. kepada eta dan umi yang sentiasa memberikan dorongan  semasa aku lemah.. kawan - kawan yang memberikan kepelbagaian warna warni sehingga aku berpeluang berasa riang... dan sedih sepanjang berada di bumi Kent. Tipulah kalau aku kata mudah saja perjalananku untuk mencapai keputusan ini. Banyak pengorbanan yang dilakukan untuk memberikan kejayaan ini. semua kejayaan ini aku berikan kepada eta (ayah) yang selama ini tidak pernah tinggalkan aku seorang.. 

saat aku sedih dia hulurkan bahu untuk menyandar
saat aku ketawa dia turut senyum bersama
saat aku cemas dia ada membantuku
saat aku sakit dia datang mengubatiku..

terima kasih eta :,)

hadiah ini untuk eta 

Comments

Popular Posts